Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Polis Akan Panggil Peniaga Durian Beri Keterangan

$
0
0

Polis Diraja Malaysia akan memanggil peniaga durian yang video pekerjanya didakwa meludah pek buah berkenaan menjadi viral di laman sosial untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tindakan akan diambil jika terdapat kesalahan dilakukan.

“Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

“Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada,” katanya ketika dihubungi.

Rakaman video itu viral petang semalam apabila kelihatan lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak didakwa seolah-olah meludah durian yang sedang dibungkus.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati, gerai berkenaan sudah tidak beroperasi, difahamkan disebabkan reaksi orang ramai yang marah selepas melihat rakaman itu.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

“Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori,” katanya.

Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu.

Difahamkan satu kenyataan media mengenai perkara ini akan dibuat hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997