Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Jurunikah Meninggal Ketika Baca Doa Selepas Solat Malam Nisfu Sya’ban

$
0
0

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Kluang meninggal dunia ketika sedang berdoa sebelum rebah, selepas menunaikan solat Isyak pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid Jamek Bandar Kluang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Bongkari Marimon, 47, rebah secara tiba-tiba.

Anak bongsu daripada tiga beradik, Saidatul Humairah, 15, berkata, ahli keluarganya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam.

Menurutnya, dia yang hanya diberitahu bapanya jatuh selepas menunaikan solat Isyak segera ke masjid berkenaan bersama ibu, Ramlah Abdul Razak, 46, abangnya, Mohd Zaki, 19, dan kakak, Siti Maisarah, 17.

“Apabila tiba di masjid, kami tak sempat berjumpa dengan abah kerana abah dah meninggal dunia. Semua berlaku dengan cepat.

“Kami sekeluarga juga masih dalam keadaan terkejut kerana sebelum pergi ke masjid, abah seperti biasa, tiada sebarang perubahan cuma demam sedikit.

“Abah juga tiada penyakit, tapi tak sangka abah pergi dengan cepat, abah jatuh lepas tu terus meninggal dunia. Semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan Kluang, semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Bongkari disolatkan di masjid berkenaan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan Kluang, jam 11 pagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997