Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Misbun Sidek ‘Dalang’ Disebalik Kejayaan Denmark Julang Piala Thomas?

$
0
0

Di sebalik keja­yaan Denmark men­julang Piala Tho­mas buat kali pertama semalam, pasti tidak ramai yang tahu adanya ‘sentuhan’ bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.

Sebaik Denmark menjuarai Piala Thomas, me­dia sosial menyiarkan gambar para pemain sku­ad negara itu termasuk Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun serta adik­nya, Datuk Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Bagi Jalani yang juga bekas pemain beregu negara, kehadiran pemain Denmark bukan suatu perkara baharu kerana mereka sering bertemu bekas jurulatih Datuk Lee Chong Wei itu untuk me­nimba ilmu.

Jalani menjelaskan, gam­bar yang tersebar itu sebenarnya diambil sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia diadakan pada bulan lepas.

“Mereka ‘berguru’ bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi. Memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Tho­mas dan Sukan Olimpik.

“Sebenarnya, sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara sama, yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China.

“Ketika itu memang sa­saran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas. Ini adalah persiapan yang dilakukan Denmark, seha­rusnya kita pun begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jalani berkata, Misbun tidak lokek berkongsi il­mu dengan mana-mana pemain yang mahukan pe­­ngalaman serta mendapatkan tunjuk ajar.

“Pemain Denmark adalah pemain kelab. Segala per­belanjaan menjalani la­­tihan itu ditanggung sen­diri dan tidak melibat­kan persatuan negara berke­naan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.

“Mereka berjumpa Misbun kerana ingin menge­tahui bagaimana Chong Wei masih kompetitif sehingga kini. Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pe­ngetahuan tentang pemain Denmark,” katanya.

Mengulas mengenai pres­tasi skuad negara, Jalani berkata, pemilihan pemain adalah tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan induk itu sendiri lebih mengetahui kelebihan setiap pemain.

“Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM.

“Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah. Pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas.

“Jika dulu kami dapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997