Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Tolong Ambil Tindakan, Mereka Yang Guna Lorong Kecemasan Hari Itu Memang Pembunuh’– Kakak Mangsa

$
0
0

Dua hari lalu kita dikejutkan dengan satu kemalangan jalanraya yang berlaku berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Kemalangan berkenaan mengorban dua adik beradik di mana mereka yang menaiki motosikal telah terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan yang juga merupakan laluan motosikal.

BACA: ‘Sesiapa Yang Guna Lorong Kecemasan, Korang Semua Pembunuh!’

Menurut saksi, selepas kemalangan, kedua-dua mangsa dikatakan masih sedar dan memerlukan rawatan secepat mungkin.

Namun kerana sifat pentingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi mengalami kesulitan untuk sampai menyelamatkan mangsa.

Difahamkan ambulans sepatutnya mengambil masa 20 minit untuk ke lokasi telah terperangkap dalam kesesakan di laluan kecemasan menyebabkan mereka sampai ke lokasi kemalangan hampir tiga jam kemudian di mana mangsa sudah lemah dan tidak sedarkan diri.

Kerana tindakan pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan, dua nyawa yang mungkin boleh diselamatkan akhirnya terkorban.

Kejadian ini menyebabkan netizen telah meluahkan perasaan marah dan menggelar mereka ini sebagai pembunuh.

Melalui satu coretan di laman Facebook milik Maisalmah Shadik yang merupakan kakak kepada kedua-dua mangsa, beliau meluahkan rasa kecewanya dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan berkenaan.

Berikut adalah luahan hati beliau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997