Penyanyi remaja Jepun, Tomita Mayu, dilaporkan diserang secara tiba-tiba oleh seorang peminatnya sendiri.
Insiden pada Sabtu lalu itu berlaku ketika penyanyi berusia 20 tahun itu sedang menuju ke lokasi konsert pada jam 5 petang. Tomita dijadualkan akan membuat persembahan di sebuah acara di sebuah banggunan yang terletak di tengah-tengah Tokyo.
Saat dia melangkah masuk ke venue tersebut, Tom tiba-tiba ditusuk di bahagian leher, dada, lengan, dan punggung lebih daripada 20 kali oleh seorang peminat lelaki.
Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan dari salah seorang saksi yang turut berada di tempat kejadian dan terus menahan peminat lelaki itu yang dikenali sebagai Iwazaki Tomohiro. Polis juga menjumpai sebilah pisau lipat berukuran 8.2 cm dan masih berdarah.
Tomita segera dikejarkan ke rumah sakit dan mendapat rawatan. Setakat ini, dilaporkan dia masih kritikal.
Laporan Tokyo Hive menyebut, Iwazaki Toma mengaku dia memang sudah bersiap sedia membawa pisau dan sengaja mahu membunuh idolanya itu.
Difahamkan, peminat beusia 27 tahun itu memberikan hadiah kepada Tomita, namun hadiah pemberiannya itu dikembalikan semula. Dek kerana sakit hati dan marah, akhirnya lelaki itu merancang mahu membunuh Tomita.
Menurut Jabatan Polis Metropolitan, Iwazaki sebelum ini dipercayai berterusan menghantar pesanan berbaur ugutan kepada Tomita melalui blog beliau dan akaun Twitter.