Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Jatuh Ditimpa Tangga, Sengsara Ibu 10 Anak Makan Nasi Lauk Garam

$
0
0

“Saya terpaksa menjual tong gas sebagai pertukaran bagi membeli makanan selepas anak menjadi lemah dan terbaring di lantai kerana makan nasi ‘berulamkan’ garam selama dua hari disebabkan tiada wang untuk membeli makanan.”

Begitu kata Nur Atikah Abdullah, 38, apabila keluarganya berdepan kesempitan hidup selepas suaminya berusia 47 tahun yang menjadi tulang belakang untuk mencari rezeki kini menjalani hukuman penjara lapan bulan sejak Disember lalu kerana berniaga barangan tanpa permit.

Sejak ketiadaan tempat bergantung, Nur Atikah menyewa rumah di Taman Murni, di sini, hidup dalam keperitan selain terpaksa menyara 10 anak berusia antara dua hingga 22 tahun.

Nur Atikah berkata, enam anaknya berusia antara lapan hingga 16 tahun juga terpaksa berhenti sekolah pada tahun ini kerana tidak mampu membayar yuran, selain tiada kenderaan untuk ke sekolah.

“Mereka hanya sempat bersekolah seminggu saja pada awal Januari lalu sebelum wang perbelanjaan kami habis. Saya menjual kereta milik suami kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Menurutnya, dia cuba mencari kerja untuk menyara keluarga dan ditawarkan bekerja sebagai pembancuh air di sebuah gerai makan di Johor Bahru, Johor, dengan pendapatan RM80 sehari oleh seorang rakan dan dia bekerja sejak awal Januari lalu.

Berikutan itu, katanya, dia berpisah dengan anaknya dan terpaksa mengharapkan anak lebih dewasa untuk menjaga adik mereka yang masih kecil.

“Saya menghantar wang sebanyak RM250 seminggu kepada mereka untuk keperluan harian selain susu dan lampin pakai buang untuk anak berusia dua tahun, di samping bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sebanyak RM500 sebulan bagi membayar sewa rumah dan bil air mahupun elektrik.

“Bagaimanapun, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebulan lalu kerana bimbang keadaan anak di rumah, selain tidak sanggup melihat mereka yang terbiar tanpa penjagaan.

“Saya bercadang untuk mencari kerja berdekatan rumah saja kerana tidak mahu lagi berpisah dengan anak dan pernah mencuba untuk menjalankan perniagaan pakaian bersama rakan, namun kami pula ditipu pembekal yang bertindak melarikan wang modal,” katanya.

Katanya, pada masa sama, dia buntu memikirkan cara untuk menjelaskan sewa rumah yang sudah sebulan tertunggak.

“Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan jika disuruh keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan sewa bulanan sehingga terpaksa menghubungi guru sekolah anak untuk meminta bantuan,” katanya.

Kisah malang keluarga itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak selepas ia dikongsikan melalui aplikasi Whatsapps untuk membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda turut menyalurkan bantuan segera RM150, barangan keperluan harian dan kelengkapan asas kepada keluarga berkenaan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional 02116-29-00013459-2 di atas nama anaknya Nurul Nabila Mohamad Haris.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997