Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumahnya, di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar suara tangisan pada jam 7.30 pagi hari Selasa.
“Hasil siasatan awal mendapati remaja itu berada dalam keadaan mencurigakan dan sekaligus ditahan untuk membantu siasatan,” katanya pada Rabu.
Supramaniam berkata, remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi hasil hubungan dengan teman lelakinya.
Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelakinya.
Beliau berkata,polis menahan seorang lelaki berusia 17 tahun dipercayai teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.