Bajet, jemputan, baju kahwin, menu hidangan dan lokasi. Semua ini sememangnya memeningkan kepala semua bakal pengantin. Namun begitu, ada satu lagi perkara penting yang akan merunsingkan mereka. Apa lagi kalau bukan perihal malam pertama! Mendengar cerita-cerita kurang enak daripada mereka yang berpengalaman membuatkan anda merasa takut sekali gus menjadikan malam pertama anda kurang menyenangkan. Mari kita semak fakta seks malam pertama yang mampu memberi sedikit pengetahuan kepada anda.
1. Menyakitkan Wanita
Ini berlaku kerana anda merasa gementar dan perasaan tegang itu membuatkan alat sulit anda terasa sakit. Tipnya anda harus lebih relaks dan biarkan semuanya berjalan dengan lancar dan semula jadi.
2. Pendarahan Pada Malam Pertama
Ramai lelaki yang beranggapan, keperawanan wanita boleh diukur dengan pendarahan yang berlaku pada malam pertama. Sebenarnya, pendarahan berlaku apabila selaput dara robek dan bagi sesetengah wanita yang mempunyai selaput dara yang tebal, mungkin pendarahan akan berlaku setelah beberapa kali melakukan hubungan seks. Ada juga yang selaput daranya robek akibat terlalu aktif bersukan atau terjatuh.
3.Kemaluan Terasa Panas
Ramai wanita merasa takut dengan rasa panas pada kemaluan ketika malam pertama sekali gus menimbulkan rasa sakit dan menganggap ianya bahaya. Ini berlaku kerana kemaluan anda kering. Panjangkan tempoh foreplay atau sediakan pelincir untuk mengelakkan hal ini berlaku.
4.Buang Air Selepas Seks Elak Kehamilan
Ada yang berpendapat sekiranya wanita membuang air setelah seks, ia mampu mengelakkannya daripada hamil. Ini tidak benar kerana ternyata pundi kencing dan rahim adalah dua organ yang berbeza.