Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Rampasan di hartanah berkaitan Najib, aib dan memualkan – Anwar

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan nilai rampasan pihak polis di enam premis berkaitan bekas perdana menteri menjadi bukti kerosakan teruk sistem di dalam negara sebelum ini.

“Saya anggap kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan dan menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi (dari kehakiman sampailah pencegahan rasuah) tetapi perkara ini berlaku berleluasa,” kata Anwar ketika dihubungi program ‘AI’ yang bakal disiarkan pukul 8.15 malam esok.

Tambah Anwar, nilai rampasan terbesar dalam sejarah negara itu perlu dipandang serius oleh kepimpinan sekarang.

BACA: Rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah barang kemas paling berharga yang dirampas!

“Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin dipantau seterusnya.

“Bagaimana perbelanjaan mereka? rumah mereka? kenduri-kendara mereka? amalan biasa mereka? Jika tidak, perkara ini akan berulang dan ini bertentangan dengan janji dan sumpah jawatan,” ujarnya.

Menurut Anwar, keadaan ini memaksa bukan sahaja pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin malah pemantauan berterusan oleh badan-badan bebas ke atas semua menteri dan pemimpin bagi mengelak ‘tragedi’ sama berulang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997