Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Ubat gigi arang tidak putihkan gigi cuma…’– Dr Amalina

$
0
0

Penggunaan ubat gigi arang kini menjadi trend di kalangan masyarakat yang mahu memiliki gigi yang putih dan berseri.

Namun, disebalik penggunaan produk yang tidak disyorkan atau tidak dapat pengesahan dari mana-mana pakar, pasti akan ada kesan buruk kepada pengguna pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Dr. Amalina Bakri telah memuat naik Insta Story yang berkongsi informasi mengenai penggunaan ubat gigi arang ini yang selama ini tidak benar sama sekali.

Menurut Dr Amalina, rakannya yang merupakan seorang pakar gigi memberitahu, hanya mempunyai dua cara saja untuk memutihkan gigi iaitu menggunakan Hydrogen Peroxide Gel dan membuang kotoran di permukaan gigi.

Selain itu, menurut Kaldentalclinic, iaitu sebuah klinik pakar pergigian turut menjelaskan kesan dan fungsi ubat gigi arang yang sebenar iaitu hanya membersih dan membuang ‘plak’ sahaja, bukan memutihkan gigi.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan buruk dalam jangka masa yang panjang apabila mengamalkan ubat gigi tersebut kerana gigi akan berasa ngilu serta memerlukan tampalan.

Sumber: Dr Amalina Bakri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997