Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pembeli kereta buat tempahan awal tidak akan terlepas SST

$
0
0

PETALING JAYA: Pembeli kereta yang mahu mengambil kesempatan tempoh cuti cukai sebelum cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan, mungkin perlu membayar cukai tersebut sekiranya kereta mereka diserahkan selepas 1 September.

Pengeluar kenderaan tidak dapat memenuhi permintaan dengan segera berikutan peningkatan dalam tempahan.

Senarai menunggu yang lama untuk kereta baharu akan menyaksikan penyerahan beberapa kerata hanya berlaku selepas SST diperkenalkan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata pelanggan yang mendapat manfaat adalah mereka yang boleh mendapatkan kenderaan baharu mereka didaftarkan dalam tempoh cuti cukai.

“Namun jika kenderaan diserahkan dan didaftarkan selepas 1 September, maka pembeli perlu membayar jumlah lebih tinggi untuk kenderaan tersebut kerana cukai SST.

“Dari segi penghasilan kenderaan, selalu ada tempoh empat bulan. Anda memerlukan vendor tempatan untuk menghasilkannya.

“Kami hanya tahu tentang GST diberi nilai sifar pada Mei dan tiada cara anda boleh meningkatkan atau meminta vendor untuk menghasilkan lebih banyak.

“Kami hanya boleh menjual apa yang ada dalam stok atau sudah dalam perancangan. Kami tidak boleh mendapatkan lebih daripada itu,” katanya pada taklimat media, Rabu.

Permintaan terhadap kenderaan meningkat berikutan penarafan sifar GST oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Ia bermula pada 1 Jun lalu.

Tempoh cuti cukai menyaksikan banyak syarikat automobil mengumumkan harga tanpa GST yang menurunkan harga kenderaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997