Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pakai uniform main Tik Tok, warga ATM diberi amaran keras

$
0
0

Penggunaan aplikasi Tik Tok semakin popular di kalangan pengguna media sosial dari setiap lapisan umur.

Bagi yang belum mengetahuinya, Tik Tok ini merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan kita menghasilkan sebuah video pendek yang dilengkapi dengan pelbagai fitur untuk membuatkan video itu menarik.

Tidak hanya sekadar suka-suka, Tik Tok juga digunakan sebagai platform untuk mempromosikan barangan jualan di media sosial.

Oleh kerana aplikasi ini dikatakan mudah untuk digunakan, maka ramai pengguna dari pelbagai profensi turut menggunakan Tik Tok ini termasuklah anggota tentera Malaysia sendiri.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui laman Facebooknya telah mengeluarkan peringatan kepada anggota tentera yang gemar menggunakan aplikasi ini.

Peringatan yang baru sahaja dikeluarkan itu menegaskan kepada anggota tentera untuk mematuhi tatacara dan kriteria semasa memuat naik kandungan di media sosial berikutan penularan aplikasi ini dikalangan anggota tentera yang dilihat boleh menjejaskan imej perkhidmatan.

Antara tatacara dan kriteria semasa memuat naik kandungan ke media sosial yang perlu dipatuhi :

  • Tidak menjejaskan imej ATM.
  • Tidak mempunya niat (secara sengaja atau tidak sengaja) untuk mengaibkan individu atau kumpulan tertentu.
  • Tidak memuat naik gambar-gambar yang melambangkan anda seorang tentera.
  • Tidak dibenarkan muat naik video Tik Tok semasa berpakaian uniform.

Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) turut memberi peringatan sekali lagi kepada warga ATM untuk tidak memuat naik video diri sendiri atau rakan setugas melalui aplikasi Tik Tok semasa berpakaian uniform.

Selain itu, pihak kementerian juga mengingatkan kepada anggotanya bahawa mereka bukan artis dan bahan publisiti murahan, “Berhenti memalukan diri sendiri dan ATM”.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997