Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ibu Pengsan Anak Dihukum Penjara Perkosa Anak Tiri

$
0
0

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam, gempar apabila ibu seorang pengawal keselamatan pengsan selepas anaknya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan kerana merogol anak tirinya, tiga tahun lalu.

Anggota polis dan peguam yang menyedari kejadian itu kemudian membantu merenjis air ke wajah wanita tersebut sebelum dia dibawa keluar dari galeri awam mahkamah.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas bekas pengawal keselamatan sebuah sekolah di Dungun mengaku bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu baru berusia 14 tahun dua kali.

Lelaki berumur 38 tahun itu pada mulanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan kesalahan tersebut, namun akhirnya menukar pengakuan bersalah selepas keterangan lapan saksi yang dipanggil sepanjang perbicaraannya.

Dia mengaku bersalah merogol anak tirinya pada awal Januari 2010, lebih kurang jam 4.30 petang, di sebuah rumah di Kampung Padang Jambu, Dungun.

Dia mengulangi perbuatan itu pada 19 Jun 2010, lebih kurang jam 5.30 petang di pusat sumber di sebuah sekolah kebangsaan di Dungun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan PendakwaRaya, Zulfazliah Mahmud, manakala lelaki itu diwakili dua peguam bela, iaitu Hisham Hashim dan Muhamad Hayatuddin Mohd.

Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, Wan Fadhilah Nor memutuskan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997