Laporan mesej berantai itu mendakwa bahawa sinaran kosmos akan memasuki bumi pada sekitar jam 12.30 pagi hingga 3.30 pagi dan membahayakan orang awam. Untuk pengetahuan, pihak NASA atau BBC tidak pernah mengeluarkan dakwaan tersebut pada ketika ini. Menerusi siasatan lanjut, artikel itu dipercayai disebarkan sejak 27 September 2013 yang lalu. Kenyataan rasmi pihak media antarabangsa turut mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Individu yang tidak bertanggungjawab telah mengolah berita tersebut untuk kepentingan tertentu.
Petikan Berita Palsu Sinaran Cosmos Memasuki Bumi 30 Januari 2014
Malam ni pada pukul 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dari marikh. Sila matikan telefon pada waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya.
Antara Contoh Petikan Asli Isu Sinaran Cosmos (Hoax)
Maksud Sebenar Sinar Kosmos
Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Istilah “sinar” sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.
Sumber: Berita Palsu Sinaran Kosmos Memasuki Bumi 30 Januari 2014 | melvister.com