Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan menggempur ‘port’ warga Afrika di Desa Aman Puri, semalam, berikutan aduan penduduk. Operasi yang dijalankan berjaya menahan 13 lelaki Nigeria yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.
Hasil soal siasat, kebanyakan mereka mendakwa sebagai pelajar di pusat Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan memberi pasport mereka dipegang oleh pihak kolej untuk tujuan permohonan pas pelajar.
Bagaimanapun, 13 warga Nigeria berusia 20-an hingga 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan. Semua mereka akan ditahan di depoh Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Operasi yang dijalankan pihak imigresen berdasarkan aduan diterima daripada penduduk dan hasil risikan selama seminggu.