Festival tahunan ini diadakan di Nem Thuang iaitu sebuah bandar yang terletak di Vietnam kira-kira 25 batu dari utara Hanoi. Ianya diadakan sebagai penghormatan kepada dewa pelindung, Doan Tuong, pada hari ke-6 kemunculan tahun baru.
Festival ini disambut sebagai satu perayaan yang meriah dengan menganjurkan perarakan serta pertunjukkan muzik. Namun salah satu acara dari festival ini amat memeranjatkan iaitu acara mencincang babi hidup-hidup.
Seekor babi akan diterlentangkan ke tanah manakala para pembantu pula akan memegang tali yang diikat pada kaki babi tersebut. Ianya sebagai langkah supaya babi ini tidak melarikan diri. Akhirnya seorang lelaki yang membawa sebilah parang besar akan mencincang babi tersebut kepada dua bahagian. Para pengunjung yang menyaksikan acara ini segera menyapukan darah babi tersebut pada wang kertas masing-masing dengan harapan ianya membawa tuah untuk tahun baru.