Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar. Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.
Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.
“Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah,” kata Obama
“Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi,” tambahnya.
Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.
Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.