Seorang tukang cuci yang gagal mengawal nafsunya sanggup mencium dan meraba seorang suri rumah ketika ketiadaan suami wanita terbabit di kediaman mereka di Sungai Buloh, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 47 tahun itu menelefon lelaki terbabit yang bekerja sambilan untuk membersihkan kawasan rumahnya.
Menurut sumber, sebaik tiba, lelaki itu yang dua tahun mengenali mangsa pada mulanya terus membersihkan kawasan seperti biasa.
“Selepas tugasnya selesai, mangsa meminta lelaki itu menuggu sebentar sebelum dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil wang.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menyerahkan wang terbabit sebelum dia terkejut apabila lelaki itu mencium dan meramas tangannya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa menepis dan menghalaunya pergi, namun lelaki itu enggan berganjak sebaliknya bertindak lebih berani dengan memeluk dan cuba mencium mangsa.
“Terkejut dengan situasi itu, mangsa menolak sebelum menjerit dan menyebabkan lelaki itu panik dan terus melarikan diri.
“Mangsa menghubungi pihak pengurusan pekerja terbabit sebelum memaklumkan kejadia itu,” katanya.
Menurutnya, pihak pengurusan berkenaan yang menerima aduan mangsa terus menyoal lelaki itu sebelum dia mengaku dan meminta maaf, tetapi mangsa telah membaut laporan di Balai Polis Desa Jaya.