Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung lapan perlawanan selepas FA mengambil tindakan disiplin ke atas kes perkauman yang ditimbulkan Suarez dengan pemain Manchester United, Patrick Evra pada perlawanan 15 Oktober lepas.
Pemain kebangsaan Uruguay itu juga dikenakan denda sebanyak 40,000 pounds.
Liverpool dan Suarez mempunyai masa selama 14 hari untuk membuat rayuan ke atas pergantungan tersebut.
Patrick Evra berkata dia marah atas dan kecewa apa yang berlaku. Dia tidak mahu ulang apa yang dikatakan Suarez tetapi menyatakan Suarez menhamburkan kata-kata yang berbaur perkauman dan dia menyebut lebih dari sepuluh kali.
Sementara itu ketua jurulatih Liverpool, Kenny Daglish Liverpool akan membantu permasalahan Suarez selagi yang mereka boleh.