Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pegawai SPRM Serbu Pejabat NFC

$
0
0

Kemelut yang melanda National Feedlot Corporation (NFC) hari ini memasuki episod baru apabila enam Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat syarikat berkenaan di Bukit Kiara kira-kira pukul 2.50 petang tadi.

Semalam dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas yang menyiasat kes itu diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini.

Menurut SPRM, suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas.

Tambah SPRM lagi, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.

Suruhanjaya itu berkata, sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telahpun diambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29[4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Semalam juga seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai semalam selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Isu NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan syarikat berkenaan yang dimiliki keluarganya, tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu.

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu terus mencetuskan kontroversi terutama yang dibangkitkan pembangkang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997