Dua remaja perempuan mati lemas dipercayai dihanyutkan arus selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir berhampiran Kampung Manek Urai, Kuala Krai kira-kira pukul 6 petang semalam.
Mayat, Nurul Akmal Roshid, 15, dan rakannya, Nursyafiqah Syaura Mohd. Yusof, 13, ditemui oleh anggota Unit Skuba, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan sebaik sahaja usaha mencari yang ditangguhkan malam tadi disambung semula pagi ini.
Ketua Balai Bomba Kuala Krai, Azman Hassan berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota unit skuba.