Seorang pegawai operasi sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di sebuah pangsapuri, bulan lalu.
S. Sarwindren, 30, didakwa membunuh Pakizah Raja Khan, 27, seorang kakitangan bank di pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway antara 8.50 malam, 17 Februari dan 1.41 pagi, keesokkan harinya.
Tertuduh hanya mengangguk kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majestrit KB Elena Hong Tze Lan.