Seorang mayat lelaki dipercayai pengawal keselamatan di tapak binaan ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir di bangunan klinikal, Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching hari ini.
Mayat tersebut dijumpai oleh para pekerja di tapak binaan sama selepas menemui kesan tompokan darah berhampiran sebuah lubang yang digali oleh mereka pada pukul 10 pagi.
Ketika ini, mayat terbabit masih berada di lokasi kejadian dan pihak polis sedang menjalankan siasatan di kawasan kejadian.
Difahamkan, dua pekerja yang merupakan pengawal keselamatan di situ dilaporkan hilang dan salah seorang daripadanya ditemui mati pagi tadi.