Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Penjual Ikan, Shahriman Alwi Kena Penjara 14 Tahun Rompak Mufti Perlis

$
0
0

Mahkamah Sesyen Petra Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 13 sebatan terhadap seorang penjual ikan yang didapati bersalah merompak Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos tahun lalu.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shariman Alwi yang didapati bersalah menceroboh kediaman Juanda dan merompak sejumlah wang tunai dan barangan berharga pada jam 4.30 pagi 16 Ogos tahun lalu.

Ketika ini tertuduh sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun serta lima sebatan atas kesalahan ragut yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini 10 Oktober tahun lalu dan hukuman terhadap kesalahan merompak Juanda itu hanya akan dilaksanakan selepas hukuman itu selesai.

Ini menjadikan tertuduh menerima hukuman keseluruhan 21 tahun penjara dan 18 sebatan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997