Makin panas nampaknya kisah percintaan ‘terlarang’ antara Hanez Suraya dan kekasihnya yang masih berstatus suami orang itu.
Jika sebelum ini pelakon Rabecca Nur Al-Islam dilihat membuat kenyataan yang rasional, terkini chef terkemuka tanah air, Chef Wan turut memberi pendapat peribadinya mengenai isu kontroversi ini.
Foto berserta caption pedas yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya kira-kira 2 jam yang lalu ini menunjukkan bahawa Chef Wan secara terang-terangan menyelar tindakan wanita yang mendambakan cinta suami orang.
Marah sungguh nampaknya Chef Wan ya? Kritikan itu nyata disokong oleh kebanyakan pengikut laman Instagramnya apabila ia telah menerima hampir 2,000 like dalam tempoh masa yang singkat.
Chef Wan juga menyuarakan nasihat sinis kepada mereka yang masih gemar berfoya-foya supaya tidak berkahwin selagi belum bersedia kerana bakal menyusahkan pasangan dan anak-anak.
Agaknya selepas ini ada lagi tak mana-mana selebriti yang mahu komen mengenai isu paling panas ini? Sama-sama kita nantikan.