Berikut adalah sedikit fakta dan sejarah mengenai pesawat Boeing 777 iaitu model yang sama yang digunakan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) untuk laluan ke Beijing:
- Pesawat enjin berkembar ini pertama kali dilancarkan pada Jun 1995;
- Merupakan salah sebuah model keluaran Boeing yang paling popular di dunia untuk penerbangan jarak jauh dan sederhana jauh;
- Boleh memuatkan penumpang antara 300 hingga 380 penumpang;
- Sehingga kini telah melakukan sehingga lima juta penerbangan di seluruh dunia;
- Mampu terbang tanpa henti sehingga 16 jam atau lebih bergantung kepada kapasiti bahan api.
- Model Boeing 777 mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan yang membawa maut sepanjang 20 tahun perkhidmatannya di seluruh dunia sehinggalah pesawat dari model yang sama milik Penerbangan Asiana mendarat cemas di Lapangan Terbang San Francisco pada Julai 2013 mengorbankan tiga remaja perempuan dari China.