Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Banjir Di Johor, Pahang dan Sabah Makin Buruk

$
0
0

Keadaan banjir di beberapa negeri tidak banyak berubah setakat jam 11 pagi ini dengan Johor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Di Johor, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah ialah seramai 1,214 orang berbanding 1,236 orang petang semalam manakalan di Rompin, Pahang, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan juga tidak banyak berubah apabila hanya enam orang dibenarkan balik sejak petang semalam, menjadikan jumlah yang masih berada di pusat berkenaan seramai 619 mangsa.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu. Seramai 137 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, SK Pianggu (430) dan Dewan Teluk Gading (52) setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Sabah juga tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir di kampung Gum-Gum yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 194 orang pada 9 pagi ini berbanding 351 semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata, kesemua 73 keluarga itu ditempatkan di Dewan Sri Gum-Gum dan tidak dibenarkan kembali ke rumah masing-masing kerana dikhuatiri paras air Sungai Gum-Gum meningkat pada bila-bila masa.

Sementara itu, beberapa sungai utama di Beluran kini berada pada paras berjaga-jaga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997