Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Redha Ketentuan Allah & Terima Sebarang Kemungkinan’

$
0
0

Seluruh ahli keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370, reda dengan ketentuan takdir Mohd. Khairul Amri Selamat, 29, selepas insiden kehilangan pesawat telah masuk hari ketiga hari ini.

Selamat Omar, 60, bapa kepada Mohd. Khairul Amri berkata, bagaimanapun ahli keluarganya tetap berharap anak ketiga daripada empat adik beradik itu pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

Beliau berkata, Mohd. Khairul yang merupakan seorang jurutera pergi ke Beijing atas urusan kerja untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian di sana.

“Ketika ini kami hanya mampu untuk mengadakan solat hajat dan juga berdoa, kita perlu menerima qada dan qadar yang telah ditentukan ilahi,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selamat memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan anaknya itu adalah pada malam sebelum Mohd. khairul Amri berangkat ke Beijing.

“Dia ada menelefon saya untuk bertanya khabar selain memberitahu akan berangkat ke Beijing, dia juga ada bertanya bila saya akan datang ke rumahnya di Shah Alam, Selangor,”ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997