Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Seorang Suspek Guna Pasport Curi Dikenal Pasti – KPN

$
0
0

Salah seorang daripada dua suspek yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport curi telah dikenal pasti.

“Saya boleh sahkan bahawa dia bukan rakyat Malaysia tetapi saya masih tidak boleh lagi mendedahkan negara asalnya,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod memasuki negara ini secara sah.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod Jabatan Imigresen memasuki negara ini, Khalid berkata mereka sedang menyiasat perkara itu.

“Lelaki itu bukan dari Xinjiang China.

“Kami tidak mendapat pengesahan berhubung sebuah kumpulan militan dari China yang mendakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu,” katanya.

Khalid berkata, mereka masih belum mengklasifikasikan pesawat yang hilang itu dikaitkan dengan keganasan.

“Biar kami siasat perkara ini dengan teliti,” katanya yang turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang sepekulasi mengenai perkara itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997