Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Karpal Singh Didenda RM4,000, Bakal Lucut Kelayakan Sebagai MP

$
0
0

Pengerusi DAP, Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi pertuduhan menghasut kerana mempersoalkan keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Berikutan keputusan itu, Karpal, 73, boleh lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen (MP) Bukit Gelugor sekiranya Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hari ini.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seorang MP akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, mahkamah turut mengambil kira keadaan kesihatan Karpal Singh (menggunakan kerusi roda) sebagai faktor mitigasi khas untuk tidak mengenakan hukuman tahanan seperti dipohon Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Peguam utama yang mewakili Karpal Singh, Gobind Singh Deo memberitahu pemberita kemudiannya bahawa beliau akan memfailkan notis rayuan hari ini.

Karpal Singh dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari, 2009, bahawa pengguguran Mohammad Nizar dan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baharu oleh sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997