Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Remaja maut digilis treler

$
0
0

Cubaan memotong motosikal lain di garisan kecemasan gagal, apabila motosikal dipandu seorang remaja bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 190.2 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Bukit Merah/Alor Pongsu, 8.40 malam semalam.

Mangsa, Ahmad Akmal Ahmad Fauzi, 21, maut di tempat kejadian akibat gagal mengawal motosikal sebelum di gilis sebuah treler dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah motosikal lain yang ketika itu dipandu seorang lelaki India bersama seorang pembonceng di lorong kecemasan.

Menurutnya, bagaimanapun cubaan mangsa gagal menyebabkan mangsa bergesel dengan treler sebelum terjatuh dan di gilis tayar treler terbabit.

“Mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya kerana angin daripada treler yang kuat.

“Mangsa mati di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan dalaman,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dituntut oleh datuknya, Adnan Basarudin, 60, dan di bawa pulang ke kampung halaman di Kuala Sepetang, Taiping untuk dikebumikan.

Ahmad Akmal sudah kematian kedua ibu bapanya dan tinggal bersama datuknya sejak beberapa tahun lalu di Kuala Sepetang, Taiping.

Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemandu treler, Ahmad Sharani, 26, berkata, sebelum kejadian, dia melihat daripada cermin sisi sebelah kiri, sebuah motosikal dipandu seorang lelaki India di lorong kecemasan sebelum dipotong oleh mangsa yang meluru laju ke hadapan.

“Saya risau juga tengok gelagat mangsa yang tidak mempedulikan treler saya dengan memotong agak rapat.

“Saya khuatir dia bergesel dengan badan treler, selalunya angin daripada treler yang kuat boleh menarik sesiapa sahaja jika jarak terlalu dekat,” katanya.

Ahmad berkata, kebimbangannya menjadi kenyataan apabila dia terlihat mangsa terjatuh dan tergilis pada tayar belakang treler.

“Saya terus memberhentikan kenderaan, nasib baik kontena ini tiada muatan jadi mudah untuk berhentikan.

“Mangsa mungkin terbabas disebabkan terlalu rapat dengan treler dan angin daripada treler menariknya sebelum terjatuh,” katanya.

Katanya, dia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga disebabkan kejadian yang tidak di sangka-sangka itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997