Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Manchester United, Chelsea Kalah!

$
0
0

Juara bertahan, Manchester United gagal merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas tewas mengejut 2-3 kepada pasukan tercorot, Blackburn di Old Trafford, malam tadi, tatkala Chelsea turun ke tangga kelima selepas tewas 1-3 kepada Aston Villa di laman sendiri.

Selepas ketinggalan 0-2 menerusi dua jaringan Yakubu (minit ke-16 penalti & minit ke-51), United bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil dua jaringan Dimitar Berbatov (52 & 62) tetapi akhirnya gol kemenangan Blackburn dihasilkan Grant Hanley (80).

Dengan masih terikat 45 mata, United kekal di tangga kedua di belakang Manchester City yang mampu menjarakkan semula perbezaan mata jika mereka tidak tewas kepada Sunderland, 11 malam ini.

Chelsea turut berputih mata apabila penalti Didier Drogba (23) berjaya dipadam tiga jaringan Villa menerusi Stephen Ireland (28), Stiliyan Petrov (83) dan Darren Bent (86).

Arsenal pula berjaya merampas tangga keempat daripada Chelsea selepas menang tipis 1-0 ke atas QPR hasil jaringan tunggal Robin Van Persie (60) di Emirates.

Tottenham kekal di tangga ketiga, hanya tiga mata mengatasi Arsenal selepas sekadar seri 1-1 dengan Swansea di tempat lawan, gol pendahuluan Rafael van der Vaart (44) dipadam tuan rumah menerusi Scott Sinclair (84).

Tiga perlawanan lain menyaksikan Bolton seri 1-1 dengan Wolves, Norwich seri 1-1 dengan Fulham dan Stoke seri 2-2 dengan Wigan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997