Masyarakat dunia dikejutkan dengan suatu berita tentang kematian Osama Bin Laden selepas suatu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat juga mengesahkan kejadian itu tapi mayat Osama Bin Laden didakwa masih disimpam oleh tentera Amerika Syarikat.
Osama Bin Laden menjadi seorang individu paling dikehendaki Amerika Syarikat selepas beliau dikaitkan dengan kejadian serangan terhadap World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Walaupun sudah hampir 10 tahun kejadian tersebut berlalu, Amerika Syarikat masih lagi memburu Osama dan Amerika telah mendakwa berjaya membunuh beliau malam Ahad (1 Mei 2011) lalu.
Tetapi tiada bukti sahih yang menunjukkan gambar yang tersebar itu benar-benar mayat Osama Bin Laden kerana hanya sekeping gambar sahaja yang tersebar di internet. Cuba anda lihat pula gambar dibawah, adakah betul Osama Bin Laden telah terbunuh ataupun gambar tersebut hanya photoshop semata-mata?