Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Dua beradik malang kini dijaga bapa saudara

$
0
0

Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Butterworth diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka. Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).

Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu.

“Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini,” kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam.

Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997