Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Husam Cabar Datuk T Buat Ujian Poligraf – Anwar?

$
0
0

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio Datuk T untuk melakukan ujian poligraf bagi menentukan samada mereka berbohong mengenai rakaman video seks yang di didedahkan trio tersebut.

Terdahulu pada Jumaat lepas, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Eskay), telahpun melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di mana berlaku kekecohan akibat dari provokasi penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak. Datuk Husam Musa pula kemudiannya mencabar Eskay untuk buat ujian poligraf bagi membuktikan dakwaan beliau terhadap pelakon di dalam video seks tersebut.

Kami berpendapat, adalah sangat baik sekiranya Eskay menyahut cabaran tersebut dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan ujian yang sama. Kita sebagai rakyat, dapat melihat keputusannya. Kita semua tahu, ujian poligraf digunakan bagi mengesan sama ada seseorang itu bercakap benar atau berbohong.

Ketepatan hasil ujian poligraf adalah 98%, di mana 2% lagi adalah kesilapan pemeriksa. Jadi, ujian ini sangat bagus dilakukan oleh si pendakwa dan yang dituduh. Ini sekurang-kurangnya dapat membuktikan atau meyakinkan rakyat, siapa yang benar dan siapa yang salah.

Yang benar, semestinya tidak takut untuk melakukan ujian poligraf tersebut, dan yang berbohong, semestinya tidak akan melakukannya.Kita sebagai rakyat, berhak mengetahui kebenaran sebenar dalam kekacauan politik yang memecah belahkan semangat keharmonian dan juga perpaduan bangsa sendiri.

Apa pendapat anda? Haruskah kedua-dua Datuk T dan Anwar Ibrahim ini melakukan ujian poligraf?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997