Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Zhalif hakim (zhalif32) telah dilihat memaki hamun anak kepada ketua pramugara pesawat MH370 iaitu Maira Elizabeth Nari.
Motif sebenar Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun rata-rata pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.
Tidak cukup dengan itu, Zhalif Hakim telah bertindak di luar jangkaan dengan mengutuk dan mencaci Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. -katakcomel