Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Rayyan Mengamuk Rita Rudaini Berdua-Duan Dengan Lelaki Lain

$
0
0

Siapa sangka pada usia 4 tahun, putera sulung Rita Rudaini sudah pandai merajuk dan meragam apabila melihat ibunya duduk dan berbual bersama dengan orang lain. Nampak macam tak masuk akal namun itulah realitinya.

Jika dulu Rita Rudaini sering membawa kedua-dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, ke lokasi penggambaran, namun kini tidak lagi. Ini kerana menurut pelakon Sehangat Asmara itu, Rayyan dan Arjuna sudah pandai cemburu dan merajuk jika melihat dia duduk berdua-duan dengan lelaki lain atau sesiapa sahaja.

“Dulu kalau shooting saya selalu juga bawa mereka ke set. Tapi sekarang saya dah tak bawa mereka sebab mereka kuat cemburu. Pembantu saya baru berhenti. Tapi saya tinggalkan mereka di rumah dan dijaga oleh ibu saya.”

“Lebih-lebih lagi yang si abang, Rayyan. Dia tak boleh tengok mummy (Rita) dia duduk dengan orang lain. Dengan siapa-siapa pun lah. Kalau dia nampak mummy dia bercakap atau duduk dengan orang, dia mula lah merajuk, meragam dan tak nak bercakap dengan saya. Jadi biarlah mereka duduk di rumah.”

Menurut Rita lagi, dia lebih senang meninggalkan dua permata hatinya itu di rumah dan dijaga oleh ibunya. Pengakuan jujur Rita ini dibuat olehnya pada majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora sempena Hari Raya Aidilfitri, bertempat di pusat membeli belah Paradigmall, petang semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997