Seorang warga tua ditemui rentung di bahagian dapur rumahnya di Jalan Ampang Baru 6, Kampung Baru Cina Ampang, di sini, petang tadi.
Mayat mangsa ditemui oleh anak saudaranya, Lee Yau Pang, 25, kira-kira jam 5 petang.
Yau Pang berkata, ibu saudaranya, Lee Oi Lin, 66, tinggal seorang diri di rumah berkenaan dijumpai dalam keadaan rentung dibahagian dapur rumahnya.
“Ketika saya sampai dirumah api masih ada dan saya lihat mayatnya rentung.
“Saya cuba memadamkan api dan mendapatkan bantua,”katanya.
Dia yang tinggal kira-kira 500 meter daripada tempat kejadian kerap berkunjung ke rumah mangsa.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, S Samasuvam berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.34 petang sebelum tiba ditempat kejadian sembilan minit kemudian.
“Sebaik tiba dilokasi kebakaran sudah tiada dan kami dapati Mayat seorang wanita dalam melecur 100 peratus di seluruh bahagian badan.
“Tiada aspek pemadaman dijalankan. Kita memanggil pasukan forensik bomba serta polis ke tempat kejadian,”katanya.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya.