Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9 Januari 2012, kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.
Jalan-jalan yang terlibat adalah:-
- Jalan Duta dari kedua-dua arah
- Jalan Kuching
- Bulatan Segambut
- Jalan Khidmat Usaha
- Jalan Ibadah
- Jalan Dutamas
- Jalan Persiaran Dutamas
- Jalan Hikmat Usaha
Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-
- Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
- Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
- Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
- Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.