Tentera Mesir melepaskan tembakan ke arah penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi selepas mereka berarak ke tempat penahanannya.
Tiga orang terbunuh, beberapa lagi cedera dan sekurang-kurangnya lagi parah kerana kena tembakan di kepala.
Jurugambar Associated Press di tempat kejadian berkata, Pengawal Republikan melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan mendekati kawat berduri sekitar tempat itu untuk menggantung gambar Morsi.
Beberapa penunjuk perasaan terjatuh termasuk seorang yang bahagian kepalanya berdarah.
Tentera, bagaimanapun, menafikan bertanggungjawab. Jurucakapnya berkata, askar tidak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan hanya menggunakan peluru kosong selain gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.
Penentang Morsi berkata, ia bukan rampasan kuasa tetapi melaksanakan kehendak rakyat.