Usaha Barcelona untuk mempertahan kejuaraan La Liga mengalami satu lagi masalah apabila diikat 1-1 oleh Espanyol, keputusan yang meletakkan mereka lima mata di belakang Real Madrid.
Barcelona mendahului pada minit ke-16 menerusi tandukan Cesc Fabregas — gol ke-100 kelab itu dalam semua pertandingan musim ini – tetapi digegarkan apabila Alvaro Vazquez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 dengan tandukan rendah.
Gerard Pique hanya mampu melihat cubaannya pada masa kecederaan terkena tiang dan gagal membantu Barca meraih tiga mata penuh, sekali gus memberikan Real yang membelasah Granada 5-1 semalam kelebihan menentukan kejuaraan.