Tim Cook mungkin muncul Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bergaji paling tinggi di Amerika Syarikat bagi 2011 selepas Apple Inc. memberikan sejuta unit stok terhad pada Ogos lalu selepas mengambilalih pengurusan syarikat itu sebelum pengasas bersama, Steve Job meninggal dunia.
Cook menerima pakej gaji sebanyak AS$378 juta (RM1.1 bilion), dengan majoriti adalah pemberian unit stok terhad bernilai AS$376 juta (RM1.1 bilion) ketika itu.
Separuh daripada unit stok itu akan diserahkan pada Ogos 2016 manakala selebihnya pada Ogos 2021.
Gaji dan bonus prestasi yang diberikan berjumlah AS$900,000 (RM2.8 juta) setiap satu melengkapkan baki pakej gaji itu.