Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 pagi tadi. Menurut kenyataan Wardina di twitter, suami beliau, Ikhwan turut dicederakan oleh perompak yang berang kerana gagal mendapatkan barang kemas.
Ketika kejadian, Wardian dan anak anak hanya berlindung di balik selimut untuk menyelamatkan diri dari perompak yang membawa parang. Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.
Kepada anda semua, sila berhati-hati kerana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, mungkin akan ada lagi kes sebegini. Jadi, berhati-hatilah ya.