Terkejut juga admin apabila membaca kenyataan ini dari laman web Malaysia kini tadi. Negara Malaysia yang tercinta ini akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion.
Menurut kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012. Sekiranya kerajaan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100 peratus ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.
Hutang kerajaan persekutuan pula dilaporkan telah meningkat sebanyak 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007. Lebih merunsingkan, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.
Berdasarkan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas menjadikan Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.
Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.
Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Selain harga susu bayi yang dilaporkan naik sehingga 50 peratus, beliau memberi contoh antara kos barangan harian turut meningkat.
Justeru, rakyat yang inginkan kehidupan lebih baik untuk hari ini dan generasi depan perlu memilih sama ada sebuah kerajaan yang boros atau kerajaan yang berhemat dan telus mengutamakan kepentingan rakyat.