Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Kaji Semula SBPA

$
0
0

Satu pasukan petugas yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Selain itu anggota petugas khas SBPA juga daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta pegawai kementerian yang berkaitan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan SBPA akan disemak semula yang bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu.

Tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April ini diberikan untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan.

Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah diajukan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga 15 Februari ini kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd. Ali di alamat Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya atau emel, farida.sbpa@jpa.gov.my.

Bagi mereka yang telah bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA dan tidak memilih skim tersebut, borang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

Kerajaan memberi jaminan SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat skim yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997