Sekurang-kurangnya 24 maut apabila sebuah apartment lima tingkat tiba-tiba runtuh petang kelmarin. Manakala 12 lagi dilaporkan cedera.
Ketua operasi menyelamat Palang Merah, George Kattaneh berkata, 10 warga Lebanon dan 14 warga asing terbunuh ketika bangunan tersebut runtuh dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa hari.
Pekerja penyelamat Lubnan yang menjalan aktiviti mencari siang dan malam di bawah runtuhan bangunan lima tingkat, dan menjumpai beberapa mayat termasuklah Tanios Farhat dan tiga orang anak lelaki beliau.
Namun, semenjak malam Ahad lepas tiada penghuni apartment yang dijumpai selamat.