Pusat penjagaan warga tua di Long Island, New York, telah disaman selepas mengupah penari lelaki bogel untuk melayan dan menghiburkan penghuni warga tua tersebut.
Insisden itu berlaku apabila Franklin Youngblood mendapati gambar berunsur lucah seorang penari bogel melayan seorang warga tua sambil warga tua memasukkan wang ke dalam seluar dalam penari itu itu adalah ibunya. Ibu Franklin Youngblood berusia 86 tahun mengalami demensia separa menetap di pusat jagaan orang tua. Kejadian itu menyebabkan dia bertindak menyaman pusat jagaan warga tua.
Menurut peguamnya, John Ray yang mengatakan penari itu hanya menakutkan Bernice Youngblood dengan berdiri di hadapan sambil memandang ke arahnya. Peguam Youngblood ini berhujah menjelaskan bahawa Bernice “kurang keupayaan mental dan fizikal” untuk menolak tarian.
Malah, keluarga mengadu kepada kakitangan yang hanya ketawa melihat kejadian itu dan memberitahu penari itu hanya diupah ketika waktu lapang sahaja bagi mengurangkan rasa bosan penghuni di situ. Seorang jururawat memberitahu salah seorang anak Bernice yang lain bahawa perbuatan mengupah itu dilakukan dengan niat yang baik hanya mahu membantu penghuni di situ bergembira.
“Ini mungkin perkara yang tidak salah bagi wanita berusia 32 tahun tetapi diperlakukan sebegitu pada seorang wanita tradisional Afrika-Amerika berusia 86 tahun, itu tidak betul sama sekali,” jelas Ray.