Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Daus AF8 Berbalah Dengan Isteri Kerana Nama Anak

$
0
0

Penyanyi Daus (AF8) yang baharu sahaja menimang cahaya mata perempuan awal bulan lalu mengakui agak sukar untuk memilih nama untuk bayi sulungnya itu.

Daus atau nama sebenar Muhd Shahril Firdaus B. Eli, 26, berkata, dia dan isterinya Syaza Syamimi Jalaludin Khan, 27, pernah berbalah memilih nama anak sebelum membuat keputusan menetapkan nama Delysha Senzela untuk bayi mereka itu.

“Susah juga nak dapat nama untuk bayi ini, selepas sahaja mendapat tahu jantina bayi, kami masing-masing sibuk menyenaraikan nama pilihan sendiri.

“Saya suka nama-nama klasik dan nama bunga, namun isteri pula suka nama yang ada makna dalam bahasa Arab. Akhirnya saya mengalah dan bersetuju dengan pilihan nama oleh isteri saya iaitu Delysha Senzela. Dalam bahasa Arab, Delysha ialah gembira, manakala Senzela adalah sejenis bunga,” katanya.

Inilah anak Daus yang diberi nama Delysha Senzela.

Bayi seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Bintulu di Sarawak pada pukul 12 tengah hari, 7 April lalu.

Dalam pada itu, Daus turut menceritakan perasaannya ketika berada di dalam bilik bersalin bagi menemani isterinya melahirkan zuriat mereka.

“Saya berada dalam bilik bersalin selama hampir 40 minit dan perasaan ketika itu sukar untuk digambarkan kerana itu kali pertama saya berasa cemas.

“Rasa bagai nak pengsan bila melihat banyak darah keluar, namun perasaan itu hilang bila bayi selamat keluar dengan sempurna,” katanya.

Daus dan Syaza Syamimi mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2013. Kedua-dua pasangan ini berasal dari Sarawak.

Kata Daus lagi, dia bakal berehat sementara waktu bagi menjaga isterinya di Bintulu sehingga habis tempoh berpantang.

Tambahnya, dia bakal kembali semula untuk aktif dalam industri hiburan bermula bulan hadapan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Seribu Rasa Cinta.

“Lepas ada ahli keluarga baru ini saya lebih bersemangat untuk bekerja, maklumlah dulu kerja untuk hidup berdua kini tambah lagi seorang.

“Saya percaya rezeki anak itu ada dan apa yang penting kita perlu sentiasa berusaha,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997