Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Barisan Nasional Wujudkan Blue Wave Army Lawan Fitnah Jahat Red Bean Army

$
0
0

Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan.

“Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab. Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun.

“Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA),” katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil dalam mengaplikasikan perisian GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015.

“Kita bantu RM1,000 kepada setiap PKS yang mana mereka boleh dituntut semula melalui rebat. Ada 55 syarikat pengedar dan akan ditambah dari masa ke semasa.

“Perisian berkenaan bertujuan memastikan sistem perakaunan semua pihak tepat dan memudahkan urusan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam melaksanakan GST pada tahun depan meskipun terdapat suara-suara sumbang daripada pihak pembangkang yang mendesak agar ditangguhkan.

Jelas beliau, semua pihak mempunyai masa untuk bersedia selama 11 bulan yang dilihat mencukupi sebelum pelaksanaannya tahun depan.

“Kita tidak akan tangguh sebab kita sudah tangguh sejak tahun 1988, 1993, 2004, 2009 dan 2013 kita beri masa yang panjang untuk GST dilaksanakan pada 1 April 2015,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140414/po_01/Wujudkan-Blue-Wave-Army-lawan-fitnah-jahat-RBA#ixzz2yrHYibMb
© Utusan Melayu (M) Bhd


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997