Seorang wartawan Sinar Harian, Razif Rosli serta jurufoto sebuah akhbar tempatan cedera dipercayai akibat terkena balingan objek ketika suasana kekecohan selepas tamat aksi Liga Super yang menyaksikan Perak tewas 0-1 kepada Johor Darul Taa’zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi.
Kekecohan bermula sejurus tamat perlawanan berkenaan hingga memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.
Beberapa penyokong Perak juga dilaporkan cedera dipercayai terlibat dalam kekecohan berkenaan.